fbpx

Terima kasih yang membantu, saya akan pantau dia – Bapa abang bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA abang bas memeluk Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili anaknya bagi proses jaminan di Kompleks Mahkamah Muar, hari ini.

MUAR – Bapa ‘Abang bas’, pemuda yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang wang jaminan anaknya berjumlah keseluruhan RM40,000.

Menurut warga emas itu, dia dan ahli keluarganya yang lain akan memantau pergerakan tertuduh selepas diikat jamin bagi memastikan prosiding di Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat berjalan lancar sehingga kes selesai.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong, membantu dari segi kewangan mahupun tenaga, hanya Allah SWT yang mampu membalas budi baik mereka.

“Selepas dibebaskan (diikat jamin) saya kena pantau sendiri dengan ahli keluarga sampai kes ni selesai,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, ramai pihak yang tampil bagi membantu anak bongsu daripada enam beradik itu termasuk menawarkan beberapa pekerjaan lain.

“Buat masa ini, banyak tawaran untuk membantu dia dalam bidang pekerjaan.

“Ada yang menawarkan dia menjadi pembantu di kedai, di syarikat dan beberapa pekerjaan lain di Johor,” ujarnya.

Terdahulu, tertuduh yang berusia 24 tahun ditahan sejak 6 September lalu dan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap dua kanak-kanak termasuk anak saudaranya berusia empat tahun.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 dan 15 akta sama.

Dia juga didakwa di Mahkamah Batu Pahat atas pertuduhan membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan didakwa mengikut Seksyen 233(3) akta sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI