fbpx

Taufan Bebinca ribut paling kuat hentam Shanghai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berjalan melepasi pokok tumbang dan kenderaan terbalik akibat Taufan Bebinca di Shanghai semalam. - AFP

BEIJING  – Pekerja-pekerja kecemasan membersihkan pokok tumbang dan serpihan lain  di Shanghai selepas ribut paling kuat sejak 1949 melanda bandar mega China itu dengan menjejaskan sistem pengangkutan dan menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang terputus bekalan elektrik.

Taufan Bebinca tiba di daratan di pantai timur Shanghai awal semalam  dengan kelajuan angin sekitar 150 kilometer sejam, lapor media pemerintah.

Perkhidmatan berita perbandaran berkata, taufan itu menyebabkan kerosakan besar di seluruh bandar, menumbangkan lebih 1,800 pokok dan menyebabkan 30,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.

Banyak perniagaan ditutup untuk cuti umum Festival Pertengahan Musim Luruh, namun 25 juta penduduk Shanghai diminta mengelak daripada meninggalkan rumah mereka.

Hanya satu kecederaan dilaporkan setakat ini, kata perkhidmatan berita perbandaran.

Dalam perkembangan berkaitan, pekerja-pekerja berpakaian oren membersihkan timbunan besar besi dan logam lain yang jatuh dari bangunan berhampiran ke jalan-jalan utama di pusat bandar.

Pihak berkuasa berkata, seramai 414,000 orang di seluruh Shanghai telah dipindahkan ke lokasi lebih selamat, manakala puluhan ribu kakitangan kecemasan bersedia untuk dikerahkan.

Banyak jalan dipenuhi pokok tumbang, manakala basikal dan plastik sampah bersepah di atas jalan ketika pekerja pembersihan bekerja semasa hujan lebat.

Semua penerbangan dari lapangan terbang Shanghai dibatalkan lebih awal tetapi beroperasi  semula secara beransur-ansur  ketika ribut itu beredar tengah hari semalam.

Stesen penyiaran  CCTV melaporkan, Taufan Bebinca dijangka bergerak ke arah barat laut dengan membawa hujan lebat dan angin kencang di wilayah Jiangsu, Zhejiang dan Anhui. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI