UMUR hanya angka. Itu yang ditegaskan pelakon Kareena Kapoor yang teruja menikmati kehidupan pada usia 44 tahun.
Biarpun ada pihak mengusulkan agar dia menjalani pembedahan plastik atau membuat suntikan botox pada bahagian tertentu, saranan sebegitu ditolak keras.
Menurut Kareena tiada apa yang mahu dibimbangkan, tambahan pula suaminya, Saif Ali Khan sentiasa melihatnya sebagai wanita seksi.
“Suami nampak saya seksi, kawan pula puji tubuh saya menawan. Jadi kenapa saya perlu jalani operasi atau suntik botox.
“Biarkan saya lalui proses ini dengan gembira. Tiada apa yang boleh mengubah pendirian saya ketika ini,” jelasnya.
Kata ibu kepada dua anak itu, senaman serta pengambilan makanan sihat antara kaedah yang dijalani untuk mengekalkan keremajaan kulitnya.