fbpx

Shah Rukh Khan curi-curi jenguk bayi Deepika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH Rukh Khan menjadi antara individu pertama yang melawat sahabat baiknya, Deepika selepas bersalin anak pertama.

EMPAT hari selepas melahirkan cahaya mata pertama, Deepika Padukone tidak dapat mengelak daripada dikunjungi sahabat baiknya, Shah Rukh Khan (SRK) yang tiba-tiba muncul di Hospital HN Reliance, Mumbai.

Kehadiran bintang tersohor itu benar-benar mencetuskan rasa terharu Deepika. Dia tidak sangka SRK sanggup mencuri waktu melawatnya walaupun sibuk dengan pembikinan filem baharu.

Hadir tanpa ditemani isterinya, Gauri, SRK bagaimanapun dilihat turut diiringi beberapa individu dipercayai pemandu dan pengawal peribadinya.

Mereka menghabiskan masa hampir sejam di bilik peribadi aktres itu bersama bayi dan suaminya, Ranveer Singh. Deepika melahirkan cahaya mata perempuan pada 8 September iaitu sehari selepas dimasukkan ke hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI