fbpx

Seorang ahli kumpulan GISBH dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Putrajaya

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang juga ahli kumpulan GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) akan dituduh di Mahkamah Putrajaya, esok.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pertuduhan terhadap suspek dijangka dilakukan pada pukul 8 pagi.

“Satu kes pertuduhan terhadap seorang lelaki dari Kumpulan GISBH dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 172 daripada 402 kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam serbuan Op Global di 20 buah rumah amal disyaki dieksploitasi sehingga menyebabkan terdapat kecederaan fizikal, emosi.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 10 kanak-kanak juga dihantar ke rumah pelindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapati mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan autisme.

Pecahan jumlah mangsa adalah 202 lelaki dan 190 perempuan.

Proses saringan kesihatan telah dijalankan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seramai 159 individu telah ditangkap membabitkan 39 lelaki dan 120 wanita.

Kesemua suspek direman di Selangor dan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, IPD Seremban, dan IPD Nilai.

Sejumlah 19 kertas siasatan telah dibuka, yang mana 16 kertas siasatan dibuka di bawah kontinjen Selangor dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak
2001.

Manakala kontinjen Negeri Sembilan membuka sebanyak dua kertas siasatan yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak.

Dalam pada itu, terdapat satu kertas siasatan yang dibuka oleh kontinjen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI