fbpx

Sembelih 200 gajah beri makan rakyat lapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa ekor gajah di Taman Negara Hwange, Zimbabwe. - Foto AFP

HARARE  –  Zimbabwe membenarkan penyembelihan gajah secara besar-besaran bagi membolehkan dagingnya diagihkan kepada ramai penduduk yang kelaparan akibat kemarau, lapor laman berita saluran televisyen CNN semalam.

Jurucakap Pihak Berkuasa Taman dan Hidupan Liar, Tinashe Farawo berkata, ketika hampir separuh penduduk Zimbabwe di ambang kebuluran, pihaknya menyasarkan untuk membunuh lebih 200 ekor gajah.

“Zimbabwe mempunyai lebih 84,000 ekor gajah.

“Kami membuat kertas kerja supaya tindakan ini boleh dimulakan secepat mungkin,” kata Farawo.

Populasi gajah di Zimbabwe adalah kedua terbesar di dunia di belakang Botswana.

Menteri Alam Sekitar Zimbabwe, Sithembiso Nyoni memberitahu Parlimen pada minggu lalu bahawa negaranya mempunyai lebih banyak gajah daripada yang diperlukan dan hutan untuk menampung haiwan itu.

Kata Nyoni, pihaknya akan menggerakkan wanita bagi mengeringkan daging gajah dan membungkusnya untuk memastikan ia dapat diagihkan kepada komuniti yang memerlukan protein. 

Langkah itu dibuat selepas Namibia bertindak membunuh gajah dan haiwan liar lain, manakala dagingnya diberikan kepada penduduk yang tiada akses kepada bekalan makanan akibat kemarau. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI