fbpx

PM puji semangat rakyat Sabah tidak berganjak sambut Hari Malaysia dalam hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam ini. Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

KOTA KINABALU – Semangat rakyat Sabah yang tidak berganjak walaupun hujan lebat ketika sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam ini mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, semangat seumpama itu diibaratkan gambaran tanda sokongan kepada negara dan Kerajaan Perpaduan.

“Semangat anak-anak Sabah ini luar biasa. Hujan lebat tetapi dia (orang ramai) tak berganjak. Inilah sebabnya saya dua minggu sekali datang ke Sabah.

“Kita mahu melihat Malaysia terus megah dan hebat serta mencatat kemajuan yang membanggakan agar boleh menjadi contoh yang hebat.

“Negara ini mempunyai kepelbagaian kaum, pelbagai agama tetapi satu semangat, satu jiwa,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam ini.

Dianggarkan lebih 30,000 hadirin membanjiri Padang Merdeka, Kota Kinabalu bagi menyaksikan sambutan ulang tahun negara yang ke-61 pada tahun ini.

Bagaimanapun, acara sedikit terganggu berikutan hujan lebat sehingga menyebabkan pengunjung yang membanjiri Padang Merdeka basah kuyup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI