fbpx

Pemuda maut dirempuh SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan satu nyawa di di kilometer 28, Jalan Bahau-Keratong, di sini, tengah malam tadi. - Foto PDRM

JEMPOL – Seorang pemuda maut selepas terjatuh daripada motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dia tunggang sebelum dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer 28, Jalan Bahau-Keratong, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan mangsa berusia 20 tahun maut di lokasi nahas.

Katanya, kejadian berlaku apabila SUV jenis Mazda CX5 dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun bersama isterinya dalam perjalanan dari Rompin ke Kuala Lumpur.

“Ketika itu, motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan telah gagal mengawal kenderaan lalu terjatuh ke laluan SUV.

“Pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa. Pemuda itu cedera parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Ujar Chang Hook lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahayakan

Sehubungan itu, pihak polis meminta agar saksi kejadian berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI