fbpx

Op Global: Tiga kertas siasatan dirujuk AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin pada sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiga kertas siasatan berkait Op Global akan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tiga kertas siasatan itu membabitkan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, kertas siasatan itu adalah berkaitan dengan serangan seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan penggunaan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan.

“Tiga kertas siasatan ini melibatkan kesalahan yang ditemui susulan siasatan fasa pertama Op Global di Negeri Sembilan.

“Kami akan menghantar kertas siasatan ini ke AGC pagi ini untuk semakan dan arahan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI