fbpx

Op Global: Kanak-kanak tular didera dipisahkan dari bapa sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video tular di media sosial kanak-kanak dirotan berulang kali dipercayai dilakukan ahli GISB Holding (GISBH).

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kanak-kanak tular dirotan berulang kali dipercayai dilakukan ahli GISB Holding (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pengadu yang juga bapa mangsa melaporkan telah dipisahkan dengan kanak-kanak itu sejak 2021 dengan anaknya.

Jelasnya, kertas siasatan yang dibuka masih lagi dalam tindakan siasatan.

“Dalam perkara ini, bapa mangsa yang dirotan dalam video yang ditularkan turut membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, Johor selain di Kuala Lumpur.

“Pengadu mengesahkan kanak-kanak di dalam video yang tular itu adalah anaknya yang telah dipisahkan sejak tahun 2021,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelas beliau, dua kertas siasatan telah dibuka dan diklasifilkasikan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Kosmo! melaporkan tular rakaman video memaparkan kanak-kanak dipercayai di rumah amal dirotan selain mengadu kesakitan ketika diperlakukan dengan kasar.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI