fbpx

Nenek maut, Perodua Bezza bertembung dengan Honda Civic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Bezza dan Honda Civic yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 45, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Sungai Tong, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang nenek maut selepas kereta Perodua Bezza dipandu cucu perempuannya bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic dalam kemalangan di Kilometer (KM) 45, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Sungai Tong di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.32 pagi itu, mangsa, Saodah Man, 70, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Lima mangsa lain cedera masuk seorang penumpang lelaki kereta Honda Civic yang merupakan seorang pelajar Politeknik Kota Bahru, Kelantan berusia 20 tahun parah pada bahagian paha.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden (DSP) Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, kereta Perodua Bezza dinaiki Saodah bersama dua cucunya dikatakan dalam perjalanan ke Kemasik, Kemaman dari Sungai Lalang, Kuala Muda, Kedah.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, kereta Perodua Bezza yang dipandu cucu perempuan mangsa berusia 20 tahun dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan dinaiki mereka kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Payong Baru, Langkap di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, mayat wanita warga emas itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI