fbpx

Mahu untung besar, rupanya kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Seorang pembantu kedai berputih mata apabila kehilangan wang sebanyak RM109,735 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara online.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 27 tahun membuat laporan pada hari semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Katanya, menurut laporan yang dibuat, mangsa menyatakan minat membuat pelaburan MC Metal Globaltrade melalui laman Facebook pada 1 September lalu.

Menurut beliau, suspek telah menawarkan keuntungan yang tinggi berjumlah RM432,649,96
dalam tempoh 30 minit setelah membuat pembayaran modal dengan kadar RM500 sahaja bermula pada 1 September.

“Mangsa yang percaya kepada kata-kata suspek telah membuat beberapa bayaran modal sehingga RM109,735 ke dalam akaun mule yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak dikembalikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, walaupun pelbagai peringatan telah diberikan mengenai bahaya pelaburan tidak wujud, namun masih ada yang percaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI