fbpx

Lelaki parah pokok timpa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang rosak dalam kejadian pokok tumbang di Kampung Nyior, Bukit Selambau dekat Sungai Petani, awal pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki cedera parah di kepala dalam kejadian pokok tumbang di Kampung Nyior, Bukit Selambau dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.18 pagi tadi.

Azahari berkata, seramai lapan anggota bomba dari BBP Amanjaya dan BBP Sungai Petani bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kita mendapati benar terdapat insiden pokok tumbang yang menghempap sebuah rumah kelas B iaitu separuh batu dan separuh papan.

“Akibat insiden tersebut seorang, penghuni rumah lelaki berusia 34 tahun mengalami cedera parah di kepala,” katanya di sini hari ini.

Katanya, tindakan awal anggota menjalankan operasi mengeluarkan mangsa di dalam rumah dan rawatan awal dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut manakala kerja-kerja pembersihan pokok  tumbang tersebut sedang dilakukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI