fbpx

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Aruz yang dipandu mangsa remuk teruk setelah melanggar pembahagi jalan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Kampung Juang hari ini. - Foto JBPM

IPOH – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran Kampung Juang di sini hari ini.

Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Aruz, Syarul Azrin Anuar, 37, maut di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 4.40 pagi.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang terbabas melanggar pembahagi jalan dengan seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa bagaimanapun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Kerja-kerja membawa keluar mangsa yang tersepit segera dijalankan menggunakan peralatan hidraulik.

“Mayat mangsa yang berjaya dibawa keluar diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.30 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI