fbpx

KKM sahkan seorang pesakit lelaki positif mpox clade II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPOX.- Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang pesakit lelaki disahkan positif mpox clade II semalam di mana kini sedang berada dalam tempoh isolasi dan keadaan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, daripada 58 kes disyaki mpox yang dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini, satu kes disahkan positif mpox clade II pada 16 September.

Katanya, dengan itu juga, semua 10 kes di Malaysia sejak 26 Julai 2023 sehingga kini adalah daripada clade II sahaja.

“Pesakit tersebut merupakan seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, manakala ruam mula muncul pada 12 September.

“Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

“Beliau kini sedang dalam isolasi dan berada dalam keadaan yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, semua kontak bagi pesakit itu sedang dikenalpasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI