fbpx

Kenderaan Thailand dikesan lebih 3 tahun bergerak di Malaysia tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Kifli (kiri) menunjukkan sebuah trak pikap dari Thailand yang disita semasa Operasi Khas ICP di seluruh Kelantan baru-baru ini. -Foto MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan banyak kes melibatkan kenderaan dari Thailand yang berada di dalam Malaysia sehingga melebihi tiga tahun tanpa Permit Edaran Antarabangsa (ICP).

Kes-kes tersebut dikesan semasa JPJ menjalankan Operasi Khas ICP di seluruh Kelantan dalam tempoh 11 hari bermula 5 September hingga semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kenderaan asing diberikan permit ICP untuk masuk dan beroperasi di negara ini selama 90 hari.

Menurutnya, sebaliknya, ada pemilik dan pemandu kenderaan itu berada di negara ini sehingga melebihi tiga tahun tanpa pulang ke negara asal mereka.

“Kita ada memberi kelonggaran kepada kenderaan dari Thailand untuk memasuki Malaysia sejauh 2 kilometer (km) dari pintu sempadan tanpa permit ICP.

“Bagaimanapun, menerusi Operasi Khas ICP kita dapati ada kenderaan dari negara jiran itu yang langsung tidak didaftarkan ICP mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan dengan memasuki negara ini melebihi jarak tersebut,” katanya pada sidang akhbar sempena Operasi Khas ICP di JPJ Kelantan, Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Kifli memberitahu, sehubungan itu, sebanyak 55 buah kenderaan asing telah disita selepas didapati melakukan kesalahan melibatkan ICP sepanjang Operasi Khas ICP dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI