fbpx

Kapasiti 12 orang, tapi sumbat 31 pelancong dalam satu bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM memeriksa sebuah bot membawa 31 penumpang di Pulau Perhentian, Kuala Besut hari ini.

BESUT – Gara-gara membawa penumpang melebihi muatan sehingga membahayakan keselamatan, sebuah bot pelancong ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Besut dekat sini hari ini.

Bot yang dalam perjalanan menghantar
pelancong dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut ditahan pada kedudukan kira-kira 51.86 kilometer barat Kuala Besut dekat sini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid berkata, pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan.

“Bot itu sedang membawa 31 penumpang termasuk lima kanak-kanak sedang kapasiti maksimumnya cuma 12 orang.

“Ia bukan sahaja melanggar peraturan ditetapkan Jabatan Laut malah membahayakan keselamatan penumpang terutama sewaktu cuaca tidak menentu dan bergelora ketika ini,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, bot tersebut telah disita dan ditunda ke Jeti Maritim Terengganu, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, juragan dan kru bot itu yang merupakan warga tempatan akan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“APMM akan meningkat operasi penguatkuasaan di perairan Terengganu sepanjang musim cuti persekolahan ini.

“Saya menasihatkan pemain industri dan orang ramai agar mengutamakan keselamatan sewaktu melakukan aktiviti di pantai dan laut bagi mengelak perkara tidak diingini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI