fbpx

‘Kalau tekak tak boleh telan sambal cili saya, sila minta refund’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gigih mencari rezeki, Shakilla meminta orang ramai tidak mengkritik produk keluarannya sesuka hati.

PETALING JAYA – Pelakon dan usawahan Shakilla Khoriri meminta orang ramai yang tidak menyukai produk makanan keluarannya iaitu sambal cili berhenti melemparkan komen negatif dalam media sosial.

Menurut Shakilla, komen sebegitu dilihat boleh menjatuhkan bisnes para peniaga tempatan termasuk dirinya.

“Tak perlulah komen (negatif) yang begitu. Kalau rasa tak mahu beli lagi, tidak mengapa tetapi jangan komen begitu.

“Saya faham kita semua ada hak bebas bersuara tetapi tak perlulah tulis komen yang menjatuhkan peniaga-peniaga. Bukan kepada saya sahaja tetapi untuk orang lain juga.

“Pergilah beli di mana-mana peniaga yang anda rasa lebih sedap. Saya tahu lebih ramai orang menjual sambal cili yang sedap,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dalam pada itu, dia juga berkata, orang ramai yang sudah membeli sambal cili jenamanya boleh mendapatkan ganti rugi dengan memulangkan dan mendapatkan semula wang yang telah dibayar.

“Cukuplah isu tentang rasa pahit dan tak boleh telan. Saya faham dan sedar tentang apa yang berlaku.

“Jadi, sesiapa menerima chilli oil yang rasanya pahit sehingga tak mampu telan dan tidak boleh diterima tekak, sila buat refund (bayaran balik),” katanya lagi.

Difahamkan, penjelasan tersebut dilakukan selepas beberapa individu yang pernah membeli produknya mendakwa sambal cilinya tidak sedap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI