fbpx

Jepun miliki 95,000 penduduk usia lebih 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITOOKA menyambut hari lahirnya yang ke-116 di bandar Ashiya, wilayah Hyogo pada 23 Mei lalu. – AFP

TOKYO – Bilangan rakyat Jepun berusia 100 tahun dan ke atas melebihi 95,000 orang sekali gus rekod tertinggi, dengan hampir 90 peratus ialah wanita, demikian menurut data kerajaan hari ini.

Setakat 1 September lalu, Jepun memiliki seramai 95,119 orang berusia 100 tahun ke atas, meningkat 2,980 orang tahun ke tahun dengan 83,958 daripada mereka ialah wanita dan 11,161 lelaki, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Kelmarin, data berasingan kerajaan menunjukkan bilangan penduduk berusia lebih 65 tahun mencatat rekod tertinggi seramai 36.25 juta orang atau  merangkumi 29.3 peratus populasi Jepun.

Pecahan itu menjadikan Jepun berada di tempat teratas  senarai 200 negara dan rantau yang memiliki lebih 100,000 penduduk, kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.

Jepun ketika ini adalah negara kepada orang paling tua di dunia yang masih hidup, Tomiko Itooka. Itooka lahir pada 23 Mei, 1908 dan berusia 116 tahun, kata Kumpulan Penyelidikan Gerontologi  berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pemegang rekod sebelum ini, Maria Branyas Morera meninggal dunia di Sepanyol pada bulan lalu ketika berusia 117 tahun.

Dalam pada itu, populasi Jepun berjumlah 124 juta  selepas merosot 595,000 pada tahun sebelumnya, demikian menurut data kerajaan sebelum ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI