fbpx

Ikan mati sebab sisa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lambakan ikan mati di Sungai Rinting bukan disebabkan insiden pencemaran bau kimia yang dilaporkan berlaku di Sungai Pandan dan Sungai Skudai sebelum ini

PASIR GUDANG – Kejadian lambakan ikan mati yang terapung di Sungai Rinting, di sini serta bau air sungai yang mencurigakan adalah bukan disebabkan berlakunya pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata,
siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kebakaran yang berlaku di sebuah kilang di Seri Alam pada malam sebelumnya.

“Semasa proses pemadaman kebakaran, sejumlah besar air telah digunakan menyebabkan bahan sisa seperti debu dan serpihan dibawa masuk ke longkang sebelum mengalir ke sungai.

“Ini menyebabkan tahap keasidan air sungai meningkat (pH mencapai 9), sehingga mengakibatkan kematian ikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, penduduk kampung berhampiran dikejutkan dengan penemuan puluhan ikan mati yang terapung di Sungai Rinting.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah menghantar pasukan untuk menyiasat kejadian itu susulan aduan daripada ketua kampung tempatan

Tian Soon berkata, buat masa ini, pihak berkuasa telah mengambil sampel untuk menjalankan siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI