fbpx

Hujan lebat, laut bergelora sehingga lusa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan kanak-kanak bermain air banjir di Kampung Lubuk Ipoh, Malau di Jitra hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Khamis ini termasuk di perairan Selat Melaka utara di negeri ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, susulan itu orang ramai dinasihatkan agar mengelak daripada melakukan aktiviti di laut dan pantai sepanjang tempoh tersebut.

“Ramalan ini ekoran penumpuan angin dijangka berlaku di utara tanah air sepanjang tempoh tersebut yang berpotensi menghasilkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang.

“MetMalaysia juga sudah mengeluarkan amaran hujan berterusan ini sehingga 19 September,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dalam keadaan cuaca tersebut, ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Kita menasihatkan semua berhati-hati termasuk yang ingin menggunakan perkhidmatan feri kalau tidak ada keperluan elakkan.

“Walaupun feri itu mungkin boleh bertahan, takut penumpang mabuk laut kerana alun teruk,” ujarnya.

Muhammad Khalil menambah, hujan lebat yang berterusan sepanjang tempoh tersebut juga berpotensi mengakibatkan berlaku banjir terutama di penempatan berdekatan dengan sungai dan kawasan rendah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI