fbpx

Hasil kajian GISBH dibentang ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan sebelum ini melibatkan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pembentangan berhubung kajian tersebut agar persoalan berkaitan hukum syarak ini dapat diputuskan dengan segera oleh jawatankuasa tersebut.

Menurut beliau, kajian berhubung penglibatan GISBH dan rangkaiannya dalam penyebaran dan amalan ajaran yang menyeleweng daripada agama Islam telah dimulakan sejak dari tahun 2020.

Jelasnya, perkara ini juga telah dibincangkan secara serius dalam beberapa siri perbincangan dan mesyuarat di peringkat jawatankuasa MAIS sebelum berita berhubung tangkapan dan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penghuni di beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat GISBH menjadi tular baru-baru ini.

“Hasil kajian tersebut turut merangkumi isu penglibatan GISBH dalam ajaran Kumpulan Al-Arqam dan rangkaiannya yang telah diharamkan menurut fatwa yang telah diwartakan di Negeri Selangor pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 21 Disember 2006

“Tindakan ini dibuat selaras dengan seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya hari ini.

Beliau menegaskan, MAIS menyatakan komitmen yang jitu untuk membanteras isu akidah termasuk penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam daripada berleluasa dalam Selangor.

Tambah Abd. Aziz, selanjutnya MAIS dan semua agensi hal ehwal Islam di Selangor sama sekali tidak berkompromi dengan GISBH atau rangkaiannya atau mana-mana pihak lain yang terlibat dengan kesalahan akidah.

“Gerakan bersepadu antara semua agensi berkaitan akan diperhebat untuk memastikan tindakan
penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan jenayah tersebut mengikut
undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI