fbpx

EPL: Situasi ‘bola mati’ terus hukum Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTECOGLOU berdepan tugas berat untuk mengatasi kelemahan Spurs khususnya dalam situasi bola mati. - AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou terpaksa mengakui bahawa corak bertahan pasukannya ketika berdepan set-piece pasukan lawan agak meresahkan ketika mereka berdepan kekalahan 0-1 pada aksi derbi London menentang Arsenal kelmarin.

Gol tunggal menerusi Gabriel Magalhaes hasil tandukan selepas menerima umpanan menerusi sepakan penjuru menyaksikan Spurs tewas kali ketiga berturut-turut berdepan The Gunners di gelanggang mereka sendiri.

Rekod bolos menerusi situasi bola mati agak meresahkan Spurs apabila sepanjang aksi tahun ini mereka sudah melepaskan 16 gol dan lebih membimbangkan Postecoglou, 13 daripadanya adalah menerusi sepakan penjuru.

“Saya tahu orang akan fikir saya tidak begitu peduli mengenai persiapan kami ketika berdepan set-piece dan ia adalah naratif yang akan boleh terus fikirkan sepanjang masa. Saya memahaminya.

“Seperti yang saya pernah katakan, kami sentiasa berusaha keras untuk menghadapi Arsenal, seperti yang kami lakukan untuk berdepan pasukan lain. Mereka adalah sebuah pasukan yang bahaya.

“Sebahagian besar dalam perlawanan ini, kami berjaya mengawal mereka dengan baik, tetapi kami terpaksa menanggung akibat apabila berlaku sedikit kelalaian. Kami menerima pengajaran dan belajar melaluinya untuk perlawanan seterusnya.

“Mempertahankan gawang ketika berdepan situasi set-piece adalah beban berat yang saya perlu tanggung dan saya gembira untuk melakukannya. Namun, kami berjaya menunjukkan peningkatan dalam beberapa bahagian pada perlawanan kali ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI