fbpx

EPL: Arteta tidak perlu terlalu ghairah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROSSARD dilihat berjaya memainkan peranan yang baik ketika menentang Spurs dan perlu dikekalkan untuk berdepan City. - AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Gary Neville menggesa pengendali Arsenal, Mikel Arteta untuk tidak membuat perubahan besar dalam pasukannya menjelang perlawanan menentang Manchester City hujung minggu ini.

Biarpun kehilangan beberapa pemain tonggak, The Gunners berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas seteru setempat mereka, Tottenham Hotspur dalam saingan derbi London sekali gus membolehkan mereka hanya ketinggalan dua mata di belakang City.

Aksi Ahad ini menyaksikan Arsenal berpeluang untuk merampas kedudukan takhta liga sekiranya berjaya menundukkan City di Etihad, namun Arteta perlu berhati-hati dan tidak boleh terlalu ghairah merangka strategi untuk tujuan tersebut.

Biarpun dijangka belum dapat menggunakan khidmat Martin Odegaard, Arsenal mungkin sedikit lega apabila Declan Rice akan kembali daripada penggantungan menyebabkan Jorginho akan kehilangan tempat, tetapi Neville berharap Arteta akan terus menaruh kepercayaan terhadap Leandro Trossard.

“Saya fikir Rice akan kembali menggantikan Jorginho. Arteta perlu terus kekalkan Trossard yang bermain baik ketika menentang Spurs, saya fikir peranan pemain itu tidak perlu diubah.

“Dia (Trossard) berjaya mempamerkan aksi bersahaja dan Arteta pastinya sedar mengenai perkara itu. Saya menjangkakan tidak ada percaturan yang terlalu drastik dibuat walaupun mereka cuba untuk memenangi perlawanan.

“Arteta sudah berjaya mendapatkan keyakinan dengan pasukan dan cara mereka bermain. Beliau tidak perlu terlalu mencuba dan berfikir mengenai sistem yang terlalu ekstrem atau mengejutkan peminat dengan pemilihan pemain kerana mereka dalam keadaan stabil ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI