fbpx

Cari jalan surai sesak musim cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad melihat model batu brick ketika melawat ruang pameran selepas menyempurnakan Program Perasmian Highway Concession Conference (HCC) 2024 di Hotel Renaissance, Johor Bahru. - Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang mengkaji langkah baharu untuk menyelesaikan masalah kesesakan di lebuhraya khususnya yang berlaku pada waktu cuti persekolahan atau cuti perayaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan sesuatu laluan itu tidak boleh dijadikan alasan bagi membiarkan situasi berkenaan berpanjangan.

Sebaliknya, Plus Malaysia Berhad (Plus) dan juga syarikat konsesi lebuhraya lain perlu terus mencari penyelesaian jangka masa panjang bagi mengatasi kesesakan di lebuhraya.

“Pengguna merungut kerana kesesakan yang berlaku adalah di lebuhraya, sudahlah perlu bayar tol tetapi jalan tetap sesak lebih lagi pada waktu hujung minggu ketika cuti berganda dan pada waktu cuti persekolahan.

“Jadi kita mesti cari formula dan penyelesaian, tidak boleh beri alasan kenderaan bertambah punca kesesakan. Sebaliknya kita perlu gunakan teknologi yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Perasmian Highway Concession Conference (HCC) 2024 di Hotel Renaissance, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Hasni Mohammad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI