SEORANG peminat filem Bollywood meluahkan kekesalan apabila artis pujaannya, Raveena Tandon menepis ajakan untuk bergambar bersama-sama.
Dalam kejadian yang berlaku di London, lelaki itu menyapa aktres terbabit dan meminta untuk berswafoto.
Selepas permintaannya tidak dihiraukan, individu itu mula membuat perkongsian pengalamannya dalam aplikasi X.
Menyedari dirinya menjadi perhatian dan dicop sombong, Raveena membalas ciapan tersebut dengan meminta maaf secara terbuka.
Katanya dia panik kerana didatangi seseorang yang tidak dikenali secara tiba-tiba, namun berjanji akan memenuhi permintaan lelaki terbabit suatu masa nanti.