fbpx

Bukan abang bomba tapi budak 11 tahun tangkap ular pakai tali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kimono menangkap ular sawa menggunakan tali yang diikat pada kayu. - Istimewa

JAKARTA – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjaya menangkap seekor ular sawa menggunakan tali yang diikat pada sebatang kayu, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Enrekang, wilayah Sulawesi Selatan.

Berdasarkan video yang dikongsikan, kanak-kanak lelaki bernama Kimono tersebut dilihat berusaha menangkap ular itu sambil disaksikan beberapa orang.

Menurut seorang rakannya, Fikran Misran, reptilia sepanjang kira-kira 7 meter itu ditemui ketika dia dan rakan-rakannya pulang daripada memancing.

“Kami menangkap ular di tepi jalan dekat sawah di Mapin pada pukul 11.30 malam (waktu tempatan),” katanya.

Tambah Fikran, ular sawa itu mati selepas ditangkap oleh Kimono sebelum bangkainya diikat di dalam beg dan dibuang ke kawasan hutan yang jauh dari kawasan berpenduduk.

“Dia (Kimono) memang seorang yang berani. Ramai penduduk kampung turut melihat aksi dia menangkap ular,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI