fbpx

Berpuluh pokok tumbang akibat angin kencang di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta pasangan suami isteri ketika kejadian di Jalan Siram, Butterworth, hari ini.

GEORGE TOWN – Angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi tadi mengakibatkan berpuluh kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di bahagian pulau dan Seberang Perai, di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini akibat kejadian berkenaan.

Antara kawasan terlibat adalah di Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru dan Butterworth.

Selain itu, turut dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang menimpa sebuah kereta jenis Honda City di Jalan Siram, Butterworth, kira-kira pukul 9.17 pagi tadi.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang yang merupakan pasangan suami isteri dilaporkan sempat keluar menyelamatkan diri sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth tiba di tempat kejadian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng berkata, terdapat 13 kes dilaporkan sekitar Pulau Tikus dan kawasan George Town sehingga pukul 9.50 pagi ini.

“Dahan besar daripada pokok tua yang besar telah patah di depan pusat khidmat kami sebentar tadi. Papan tanda di kedai sebelah habis musnah. Nasib baik tiada siapa yang cedera,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI