fbpx

Azaharudin tekad perangi jenayah di Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Ambia (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Azaharudin (kanan) sambil disaksikan Sasikala di IPD Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Pengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai siasatan kes menjadi bekalan bagi Superintendan Azaharudin Tajudin untuk memerangi jenayah habis-habisan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor baharu itu berkata, beliau pernah menjadi pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, Petaling Jaya, Klang dan pegawai turus di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Jelas bekas Ketua Pusat Pengajian Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Bharu itu, misi utamanya memfokuskan usaha dalam memerangi kegiatan jenayah menerusi kerjasama erat masyarakat setempat.

“Peningkatan kes sebelum ini kebiasaannya melibatkan jenayah harta benda terutama kecurian motosikal.

“Justeru, berbekalkan ilmu yang ada, saya akan mengkaji trend jenayah di daerah ini dan merangka perancangan strategik bagi membanterasnya secara habis-habisan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Azaharudin, 52, mengambil alih jawatan itu berkuat kuasa hari ini dengan menggantikan Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin yang memangku jawatan itu sejak 5 Julai lalu.

Majlis serah tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini, itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi.

Sementara itu, Sasikala ketika berucap berkata, beliau yakin Azaharudin mampu memikul tanggungjawab meneruskan legasi kecemerlangan di IPD Kuala Selangor.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI