fbpx

39 kes tipu babit kerugian hampir RM800,000 direkod di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

LUMUT – Sebanyak 39 kes penipuan menerusi panggilan telefon melibatkan kerugian berjumlah RM782,766 dilaporkan berlaku di Manjung pada tahun ini setakat semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, kes terbaharu melibatkan pesara kerajaan yang menerima panggilan daripada suspek yang pegawai polis bagi membebaskan individu dalam tahanan polis.

Menurutnya, lelaki berusia 64 tahun itu kemudian menyerahkan RM5,000 kepada ‘pegawai polis’ tersebut yang menawarkan penyelesaian kes dadah membabitkan anaknya.

Selepas menyedari ditipu, warga emas itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 4.19 petang semalam.

Mohamed Nordin menjelaskan, modus operandi suspek adalah menyamar sebagai pegawai penguat kuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, pegawai mahkamah, institusi kewangan dan syarikat kurier.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa semua urusan dengan agensi kerajaan hanya dilakukan di pejabat bukannya melalui panggilan telefon kecuali bagi janji temu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI