fbpx

27 kes pokok tumbang akibat angin kencang di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM dan bomba membersihkan sisa pokok tumbang susulan angin kencang dan ribut di seluruh Perlis, semalam.

KANGAR – Sebanyak 27 kes pokok tumbang dilaporkan di seluruh Perlis selepas angin kencang dan hujan lebat melanda negeri itu pada semalam.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, kes tersebut berlaku di beberapa lokasi di seluruh negeri dan kebanyakannya menyebabkan halangan lalu lintas.

“Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, sebanyak 24 kes pokok tumbang menyebabkan halangan lalu lintas, dua kes menimpa rumah dan satu kes menimpa kedai.

“Seramai dua pegawai pasukan dan 28 anggota lain-lain pangkat bersama pasukan sahabat bertungkus lumus dalam operasi membersihkan lokasi terkesan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, terdapat beberapa kawasan seperti di Kampung Gial dan Kampung Titi Besi mengalami banjir kilat susulan menerima taburan hujan lebat semalam.

“Pihak APM memantau rapat sebarang kesan susulan akibat cuaca hujan dan angin kencang semalam.

“Selain itu, APM turut melakukan pemantauan di sepanjang jalan pesisir pantai di Sungai Padang yang turut mengalami kerosakan akibat air pasang besar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI