fbpx

Wajar terus jadikan Rasulullah SAW sebagai teladan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – “Sewaktu dunia dibadai kemarau mencari suri teladan, kita wajar terus menjadikan murabbi terunggul dan teragung umat, iaitu Rasulullah SAW sebagai uswatun hasanah.”

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Maulidur Rasul 1446H, hari ini.

Beliau berkata, Nabi Muhammad SAW adalah murabbi yang wajib diberi sorotan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

“Ia perlu dilakukan dengan penuh perhatian, bukan sahaja keperibadiannya namun mesti mencakup sisi kepemimpinan negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model negara bangsa Madinah.

“Cita-cita negara yang madani tidak lepas daripada mengambil ibrah dan model Piagam Madinah yang dipelopori oleh Baginda berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan,” katanya di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI