fbpx

Untung sekali bersanding dengan dua isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu bersama dua isterinya di atas pelamin. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki mengundang perhatian pengguna media sosial selepas mengahwini dua wanita secara serentak dalam satu majlis di Musi Rawas, wilayah Sumatera Selatan, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @wenia_naureen19 memaparkan lelaki itu diapit dua wanita ketika berada di atas pelamin. 

Pengantin lelaki bernama Epan Padli dan berusia 25 tahun, manakala dua isterinya bernama Halima Leti dan Purnama Linda. 

Salah seorang daripada wanita tersebut berusia 20 tahun, manakala seorang lagi berumur 19 tahun. 

Ketua Kampung Pauh, Aziz berkata, pasangan tersebut bernikah pada bulan lalu. 

“Kali ini, mereka mengadakan majlis persandingan di rumah pengantin lelaki,” kata Aziz. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 155,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Kalau saya, sudah lama mengundurkan diri,” kata seorang netizen. 

“Saya tabik kepada mereka yang mampu berkongsi pasangan, saya tidak sanggup,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI