fbpx

UMPSA terima 8 enjin Mercedes-Benz bagi pembelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETTNER (kiri) bersama Aida (kanan) sewaktu majlis penyerahan lapan enjin Mercedes-Benz di UMPSA, Pekan, Pahang baru-baru ini.

UNIVERSITI Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima sumbangan lapan buah enjin daripada pengeluar kereta jenama mewah, Mercedes-Benz.

Ia terdiri daripada dua enjin turbo 2.0 liter dan enam enjin 1.8 liter untuk memperkasakan program pendidikan serta latihan pelajar dalam bidang kejuruteraan automotif.

Serahan enjin tersebut disampaikan oleh Naib Presiden dan Ketua Operasi CKD, Mercedes-Benz (Malaysia) Sdn. Bhd., Andreas Lettner kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Aida Mustapha dalam satu majlis berlangsung di Dewan Banquet UMPSA, Pekan, Pahang.

Menurut Aida, UMPSA dan Mercedes-Benz Malaysia mempunyai sejarah kerjasama yang panjang dan berkembang maju dalam usaha meningkatkan pengetahuan, peluang pembelajaran praktikal serta menambah baik program kejuruteraan automotif.

“Melalui kerjasama ini, UMPSA menerima manfaat besar ke arah pembangunan modal insan berkemahiran tinggi untuk keperluan industri.

“Pihak universiti menghargai sumbangan Mercedes-Benz dan berharap enjin yang diserahkan ini akan membantu memajukan program latihan di institusi serta melatih bakat masa depan untuk industri automotif di Malaysia,” katanya.

Ujarnya lagi, sumbangan enjin tersebut bakal meningkatkan keupayaan UMPSA untuk menyediakan pendidikan praktikal berkaitan industri dalam bidang kejuruteraan automotif.

“Selain itu, UMPASA mempunyai tujuh buah pusat kecemerlangan, ini termasuklah Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) yang mempunyai tenaga kepakaran dalam bidang automotif.

“Sebagai mengangkat bidang tujahan universiti di bawah Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN), terdapat juga Technology-Industry Center of Excellence (Ti-CoE) yang akan memberi tumpuan kepada lebih banyak kerjasama dengan industri.

“Ia merangkumi bidang penyelidikan, inovasi, pembangunan produk serta mempamerkan keupayaan komprehensif dalam mencipta teknologi baharu dan bahan termaju,” katanya.

Sementara itu, Lettner berkata, sumbangan itu adalah tanggungjawab sosial syarikat terhadap komuniti dan universiti.

“Pada masa ini, terdapat lebih 20 alumni UMPSA bekerja sebagai jurutera dan menjalani latihan praktikal di kilang Mercedes-Benz di Pekan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI