fbpx

Tujuh remaja sesat tiga jam di Bukit Maras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh remaja lelaki yang tersesat selama tiga jam di Bukit Maras, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tujuh remaja lelaki cemas tersesat hampir tiga jam sewaktu melakukan aktiviti pendakian Bukit Maras di sini hari ini.

Mereka berusia antara 16 sehingga 19 tahun berjaya diselamatkan pasukan mencari menyelamat pada pukul 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, kesemua pendaki berkenaan menyedari tersesat sewaktu menuruni puncak Bukit Maras pada pukul 11 pagi.

“Seramai lima anggota polis dari Balai Polis Batu Rakit di sini bergegas ke lokasi kejadian apabila menerima maklumat tersebut.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota bomba dan penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pasukan SAR kemudiannya menerima panggilan daripada salah seorang mangsa memaklumkan mereka sudah menjumpai semula trek untuk menuruni bukit pada pukul 12 tengah hari.

“Mereka akhirnya berjaya dijumpai pasukan SAR kira-kira setengah jam kemudiannya sebelum dibawa turun ke kaki Bukit Maras pada pukul 1 tengahari, sebahagian tujuh mangsa itu mengalami kekejangan otot,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI