fbpx

Trump selamat dalam cubaan bunuh kali kedua 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ejen FBI merakam gambar bukti kejadian jenayah di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump di West Palm Beach, Florida semalam. - AFP

PALM BEACH, FLORIDA – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terselamat dalam cubaan untuk membunuhnya buat kali kedua ketika beliau sedang bermain golf di Florida, lapor akhbar The Sun UK.

Trump, 78, dibawa ke tempat selamat ketika ejen Perkhidmatan Rahsia melepaskan tembakan ke arah lelaki bersenjata yang mengacukan raifal AK-47 di kawasan belukar berhampiran.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan bahawa mereka menyelamatkan calon presiden Parti Republikan itu daripada ‘cubaan membunuh’ ketika beliau bermain golf di Kelab Golf Nasional Trump di West Palm Beach.

Sumber memberitahu Fox News bahawa suspek dikenal pasti sebagai Ryan Wesley Routh.

Ketika kejadian, bekas presiden itu sedang bermain golf apabila ejen Perkhidmatan Rahsia ternampak seseorang yang disyaki mengacukan senjata tersebut dari kawasan belukar berhampiran.

Suspek berada dalam tahanan dan disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

“Tiada apa yang akan menghentikan saya. Saya tidak akan menyerah! Saya akan sentiasa menyayangi anda kerana menyokong saya. Perpaduan. Keamanan. Jadikan Amerika hebat sekali lagi,” kata Trump selepas kejadian tersebut.

Sepucuk raifal AK-47, dua beg galas dan kamera GoPro turut ditemui di kawasan semak di mana suspek dilihat, demikian menurut pegawai penguatkuasa undang-undang.

FBI yang kini bertanggungjawab dalam siasatan berkata, beberapa pasukan termasuk juruteknik bom terlibat dalam siasatan.

Trump pada 13 Julai lalu terselamat dalam cubaan membunuhnya di Pennsylvania, yang menyaksikan sebahagian telinganya terkena tembakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI