fbpx

TMJ ketuai perarakan sambut Maulidur Rasul di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU MAHKOTA ISMAIL mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor ke Masjid Bandar Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor sejauh 1.3 kilometer hari ini.

Perarakan disertai lebih 8,000 umat Islam itu bermula dari Padang Bukit Kerajaan dan berakhir di Masjid Bandar Kota Tinggi.

Sebanyak 50 kontinjen daripada pelbagai jabatan kerajaan, agensi swasta menyertai perarakan pada sambutan yang bertemakan “Al-Falah Pemacu Maju Johor”.

Tunku Ismail turut berkenaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi acara yang dipertandingkan sempena perarakan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI