fbpx

Tiga maut, enam peserta Himpunan RXZ cedera kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang meragut nyawa salah seorang peserta Himpunan RXZ Members 6.0 di KM270.1, LPT 2 berhampiran Perasing, Kemaman pada semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai tiga peserta Himpunan RXZ Members maut sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program tahunan tersebut yang berakhir kelmarin.

Enam peserta lain pula disahkan cedera dalam kemalangan di sekitar Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.

“Nahas pertama berlaku di Kilometer (KM) 24, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kelulut, Marang malam kelmarin membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun berasal dari Batu Gajah, Perak.

“Mangsa kedua pula seorang lelaki berusia 29 tahun dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan yang terlibat dalam kemalangan akibat mengelak patung penyu di KM 270.1, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) berhampiran Perasing, Kemaman pada pukul 11 pagi semalam, ” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, nahas ketiga melibatkan seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ berusia 29 tahun dari Felda Seroja Jengka 18, Temerloh, Pahang di KM 379.5 LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu pada pukul 5 petang semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu Op Motosikal Khas yang dilancarkan sempena Himpunan RXZ Members 6.0 turut mengeluarkan 89 notis kompaun atas pelbagai kesalahan trafik dalam kalangan penunggang motosikal berkenaan.

“Operasi itu memeriksa 89 motosikal dan 110 individu. Sebanyak 15 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan terbanyak direkodkan ialah mengubah suai ekzos tidak mengikut spesifikasi (24 kes), tiada cermin sisi (15 kes) dan aksesori tidak sempurna (10 kes),” katanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI