fbpx

Tidak bertanggungjawab manipulasi isu keagamaan, perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im ketika berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 di PICC, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tindakan sesetengah individu yang berterusan memanipulasikan isu keagamaan serta perkauman sebagai senjata untuk melemahkan pihak tidak sealiran dengan mereka disifatkan sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Ini kerana, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehmaniwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi mangsa apabila dihidangkan dengan fitnah, adu domba serta maki-hamun yang memecahbelahkah silaturrahim.

“Semangat perpaduan dalam kemajmukan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara akan membentuk satu acuan jati diri berjiwa patriotik, bertoleransi dan bertanggungjawab untuk memperkukuh kesejahteraan masyarakat yang menjadi nilai teras Malaysia Madani.

“Adalah tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak yang terus menerus memanipulasikan isu keagamaan serta perkauman sebagai senjata untuk melemahkan pihak tidak sealiran dengan mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sini hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut berkenaan berangkat ke sambutan itu yang turut dihadiri lebih 6,000 peserta daripada 131 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI