fbpx

Taufan Bebinca lumpuhkan Shanghai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja mengalihkan pokok tumbang ketika Taufan Bebinca melanda Shanghai hari ini. - AFP

BEIJING – Berpuluh-puluh juta orang di Shanghai dan seluruh pantai timur China terperangkap di dalam rumah hari ini ketika taufan paling kuat sejak 1949 melanda dengan menumbangkan pokok dan mengganggu sistem pengangkutan di seluruh rantau itu.

Taufan Bebinca merupakan ribut paling ganas yang melanda bandar raya tersebut sejak Taufan Gloria pada 75 tahun lalu.

Ia melanda awal pagi ini di kawasan pantai timur, dengan kelajuan angin sekitar 150 kilometer sejam, kata media pemerintah.

Banyak perniagaan ditutup untuk cuti umum Festival Mid-Autumn, manakala 25 juta penduduk bandar itu telah dinasihatkan untuk mengelak daripada meninggalkan rumah mereka.

Perkhidmatan berita perbandaran berkata, taufan itu telah menyebabkan kerosakan besar di seluruh bandar, menumbangkan lebih 1,800 pokok dan menyebabkan 30,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.

Menurutnya, seramai 414,000 orang di seluruh bandar telah dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat, manakala puluhan ribu kakitangan kecemasan bersedia untuk dikerahkan apabila perlu.

Sementara itu, semua penerbangan di dua lapangan terbang utama Shanghai ditangguhkan, manakala perkhidmatan feri serta beberapa kereta api turut digantung.

Lebuh raya ditutup pada pukul 1 pagi (waktu tempatan), selain had laju 40 kilometer sejam ditetapkan di jalan raya di dalam bandar. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI