fbpx

Suspek penembak lantang kritik Trump di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump mendapat sorakan penyokongnya semasa perhimpunan kempen pilihan raya di Las Vegas, Nevada pada 13 September lalu. - AFP

WASHINGTON – Seorang lelaki berusia 58 tahun yang ditahan berhubung cubaan membunuh Donald Trump di Florida, sering memuat naik hantaran berkisarkan hal ehwal politik dan kerap mengkritik bekas presiden itu.

Saluran berita CNN melaporkan, Ryan Wesley Routh, yang disyaki merancang untuk menyerang Trump ketika beliau bermain golf, pernah menyiarkan komen pada akaun X yang dikaitkan dengan insiden cubaan membunuh pemimpin itu di Pennsylvania pada Julai lalu.

Routh menyebut nama Preisden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris dalam hantarannya, dengan meminta mereka melawat mangsa lain yang cedera dalam kejadian tersebut.

“Anda (Harris) dan Biden harus melawat mangsa yang cedera di hospital dalam acara perhimpunan Trump dan menghadiri pengebumian anggota bomba yang dibunuh. Trump tidak akan melakukan apa-apa untuk mereka,” tulisnya di X.

Dalam catatan lain pada Jun 2020, Routh mengatakan bahawa dia telah mengundi Trump pada 2016 tetapi menarik balik sokongannya terhadap bekas presiden tersebut.

“Ketika anda (Trump) ialah pilihan saya pada 2106, saya dan dunia berharap agar (bekas) presiden Trump berbeza dan lebih baik daripada calon lain. Namun, kami semua sangat kecewa dan nampaknya prestasi anda semakin teruk dan menurun,” tulisnya.

Routh selain itu sering menyatakan sokongan padu untuk Ukraine dalam berpuluh-puluh hantaran di X pada 2022, dengan mengatakan bahawa dia sanggup mengorbankan nyawa dan terlibat dalam peperangan tersebut.

Halaman platform LinkedIn Routh menulis bahawa dia memulakan syarikat pada 2018 yang dipanggil Camp Box Honolulu. Ia membina unit penyimpanan dan rumah kecil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI