fbpx

Suspek buang sisa toksik disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek ketika dibawa ke mahkamah hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori bersama kelidannya yang ditahan polis kerana disyaki membuang bahan kimia di Sungai Linggiu, Kota Tinggi, dua minggu lalu disambung reman selama enam hari bermula hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 28 tahun itu ditahan pada Isnin lalu, selepas disyaki melakukan perbuatan pencemaran bau kimia berhampiran Kampung Orang Asli Pasir Intan.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farahah Mohd. Suah selepas permohonan dibuat pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Dua lelaki tersebut sebelum ini ditahan kira-kira pukul 11 malam di sebuah pangsapuri di daerah ini selepas disyaki melakukan pembuangan bahan kimia di Kota Tinggi, 4 September lalu.

Awal bulan ini, beberapa kawasan di daerah ini seperti di Kampung Melayu Pandan, Taman Daya, Mount Austin, Taman Istimewa, Johor Jaya, Kempas dan Skudai dikesan berlakunya pencemaran bau kimia.

Episod pencemaran bau itu mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengarahkan pihak berkuasa mengesan pelakunya sehingga ke lubang cacing.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI