PETALING JAYA -Tindakan pasangan bercumbu di khalayak ramai mendapat kecaman orang ramai.
Melalui sebuah video yang tular di aplikasi X, pasangan itu dilihat melakukan perbuatan tidak senonoh semasa berada di sebuah taman dipercayai di sebuah pusat beli-belah terkemuka.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pasangan tersebut yang tidak menghormati pengunjung pusat beli-belah lain.
“Ini bukan budaya kita, boleh jadi situ ada kanak-kanak. Kalau dah berkahwin, di rumah semalaman boleh buat,” kata Voodoo.
“Ramai sekarang dah tak tahu malu, tapi bila dikenakan tindakan pandai pula mohon simpati,” kata Hafiz.
“Kena ingat di Malaysia ini, di tempat awam selalunya ada larangan berkelakuan sumbang. Sebab kita ini berpegang pada rukun negara ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ ,” kata Shiyai.
“Sepatutnya tegur terus, macam bukan orang tempatan pun ada,” kata Siti.
Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 900,000 kali. – KOSMO! ONLINE