fbpx

Sedania nafi laporan kematian Tan Sri Abdul Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halim

PETALING JAYA – Sedania Innovator Berhad (Sedania) menafikan laporan berita mengenai Pengerusinya, Tan Sri Abdul Halim Ali yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara yang dikatakan telah meninggal dunia hari ini.

Sedania dalam satu kenyataan berkata, Abdul Halim masih hidup serta berada dalam keadaan sihat.

“Saya masih hidup dan sihat walafiat. Walau bagaimanapun, berita palsu ini telah menyebabkan panik dan tekanan yang tidak perlu kepada ahli keluarga dan orang tersayang.

“Sejak malam tadi, saya telah menerima banyak panggilan daripada kenalan rapat, rakan, dan sahabat, yang hanya menambahkan kegusaran,” katanya.

Selain itu, Abdul Halim turut berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan untuk mengenal pasti individu atau kumpulan yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.

“Laporan palsu ini telah menimbulkan ketakutan dan kekeliruan. Saya yakin pihak berkuasa akan berusaha menemui dalang di sebalik tindakan ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sedania memaklumkan laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat.

“Pihak kami juga telah memohon agar semua pihak media yang melaporkan berita palsu ini segera menarik balik laporan yang tidak benar dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Tan Sri atas kesulitan dan gangguan yang telah berlaku,” katanya.

Kosmo! memohon maaf kepada Abdul Halim dan seluruh keluarga atas kekhilafan berita terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI