fbpx

Rasai semangat perpaduan, kepelbagaian budaya Malaysia di Central i-City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pelajar mempersembahkan tarian pelbagai kaum, disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton pada Majlis Pembukaan Ini Malaysia Kita 2024.

SHAH ALAM – Bagi meraikan budaya Malaysia yang berwarna-warni dan tradisinya yang kaya, Central i-City menjemput orang ramai terutamanya di sekitar Lembah Klang hadir memeriahkan majlis perayaan Ini Malaysia Kita 2024 di pusat beli-belah tersebut pada 14 hingga 17 September ini.

Ini Malaysia Kita adalah sambutan tahunan yang didedikasikan untuk mempamerkan warisan budaya dan kepelbagaian tradisi, bertujuan menyatukan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat bagi merayakan dan merasai inti pati budaya Malaysia dalam suasana meriah dan menarik.

Majlis perayaan tahun ini dijangka menjadi sambutan yang tidak dapat dilupakan bagi budaya, masakan dan kreativiti kraf tangan berunsur Malaysia.

Antara keunikan sambutan kali ini ialah pihak Central i-City telah mengundang seramai 30 orang anak yatim dan murid-murid sekolah rendah bagi menyertai perayaan tersebut.

Danial (dua dari kanan) melawat ke bazaar barang buatan Malaysia. Turut bersama ialah (dari kiri) Ketua Pemasaran Central i-City, Alfred Chua, Anthony dan Pengerusi Komuniti Tunas Michelle Teoh.

Selain menyertai majlis pembukaan, kanak-kanak ini turut dijemput menikmati makan tengah hari istimewa dan menyertai bengkel kreatif yang direka untuk memberi inspirasi dan membina bakat mereka, menonjolkan dedikasi Central i-City terhadap inklusiviti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid dalam ucapan pembukaan Ini Malaysia Kita 2024 menyatakan rasa bangga beliau untuk menyertai majlis perayaan tersebut, sambil menyerlahkan kepentingannya sebagai sambutan terhadap warisan budaya Malaysia yang kaya dan semangat kolektif.

“Perayaan ini bukan sekadar mempamerkan budaya kita yang berwarna-warni; ia adalah bukti perpaduan dan nilai bersama kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi CPN Malaysia, Anthony Dylan menekankan kepentingan perayaan berkenaan dalam mempromosikan perpaduan, kekayaan budaya dan semangat komuniti.

Anthony (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Danial selepas majlis perasmian.

“Ini Malaysia Kita 2024, yang menampilkan pelbagai aktiviti budaya dan peluang penglibatan komuniti, bertujuan untuk memupuk pemahaman dan penghargaan yang lebih besar terhadap kepelbagaian warisan Malaysia,” ujarnya.

Antara acara menarik di Ini Malaysia Kita 2024 ialah;

Medan Selera Malaysia

Nikmati pelbagai rasa Malaysia di medan selera Malaysia yang menampilkan pelbagai hidangan lazat dari seluruh pelusuk negara.

Bazaar Barang Buatan Malaysia

Temui barang buatan unik di Bazaar Malaysia, di mana artis dan usahawan tempatan mempamerkan produk kraf tangan dan ciptaan inovatif mereka.

Pertunjukan dan Persembahan Budaya Malaysia

Selami warisan kaya Malaysia dengan siri persembahan budaya yang memikat hati. Nikmati tarian tradisional, muzik, dan pertunjukan teater yang menyerlahkan landskap budaya negara kita.

Bengkel Percuma untuk Kanak-Kanak

Ibu bapa dan kanak-kanak dijemput untuk menyertai bengkel percuma kami yang direka khas untuk kanak-kanak. Sesi interaktif ini akan melibatkan aktiviti kreatif dan pembelajaran budaya, semestinya menjadi hari yang sempurna untuk seisi keluarga.

Perarakan Tanglung

Sertai Perarakan Tanglung pada 16 September pukul 7 malam!

Rasai langit malam diterangi dengan pelbagai tanglung yang menakjubkan dalam sambutan yang mempesonakan bagi perayaan Mid Autumn.

Beli & Tebus

Belanja RM500 atau lebih dan terima hadiah percuma! Jangan lepaskan peluang Beli & Tebus sepanjang perayaan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://central-icity.com.my/ atau hubungi 03-5525 0099.

Peserta Pertandingan Tarian Kebudayaan Ini Malaysia Kita termasuk Johan dari Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya bergambar bersama para jemputan kehormat.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI