fbpx

Pulau Pinang teruskan promosi tarik pelabur ke BKIP 3, BCTP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOW Kon Yeow (tengah) berucap dalam majlis sambutan Maulidur Rasul dan agihan makanan anjuran Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks Padang Brown, di Georgtown, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri akan meneruskan promosi bagi menarik minat pelabur untuk melabur di Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) dan Taman Teknologi Bandar Casia (BCTP) di Batu Kawan, dekat sini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, BCTP dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada 2026, manakala Fasa 1 dan Fasa 2 BKIP 3 juga dijangka siap pada tahun yang sama.

“Baru-baru ini saya ambil kesempatan mengadakan jelajah ke beberapa projek yang dilaksanakan oleh Pembadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan, antaranya adalah dua tapak industri iaitu BCTP dan BKIP 3.

“Boleh dikatakan kerja tanah dan kerja-kerja menyediakan infrastruktur berjalan dengan

lancar di kedua-dua tapak ini. Kita akan jalankan promosi berterusan untuk menarik pelabur ke tanah-tanah di kawasan baharu (BCTP dan BKIP 3) dan ia akan dilakukan sehingga semua tanah di situ dapat dijual untuk kegunaan industri,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul dan agihan makanan anjuran Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks Padang Brown.

Sebelum ini, media melaporkan PDC sedang membangunkan tiga taman perindustrian baharu di daerah Seberang Perai Selatan melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM3.2 bilion iaitu BCTP, BKIP 3 dan Penang Science Park South (SPSP) seluas 70.4 hektar.

Ketiga-tiga taman perindustrian tersebut mula dibangunkan pada 2022 dan dijangka lengkap sepenuhnya pada 2031.

Menurut Kon Yeow, bagi BCTP, terdapat pemilik industri yang telah masuk melabur dan memulakan pembinaan kilang di kawasan berkenaan.

”Sehingga kini, empat pelabur sudah memulakan pelaburan di BCTP, yang mana dua daripadanya sudah memulakan kerja di tapak.

“Bagi BKIP 3 pula, kawasan itu sedang dalam peringkat kerja proses tebus guna tanah untuk melaksanakan kerja-kerja infrastruktur,” katanya.

Tambah beliau, kemajuan di tapak BCTP dan BKIP 3 menunjukkan kesediaan kerajaan negeri untuk menawarkan peluang pelaburan serta kawasan yang selesa kepada pelabur.

“Kita ada beberapa ratus hektar tanah industri yang telah siap untuk ditawarkan kepada pelabur berbanding dahulu. Ini menunjukkan kesiap siagaan kita dalam memberikan keselesaan kepada pelabur melabur di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI