fbpx

PSG terus gah terajui Ligue 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE meledak dua gol ketika membantu PSG menewaskan Brest awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique meluahkan rasa dan kagum dengan prestasi anak buahnya selepas pasukan itu berjaya bangkit menewaskan Brest 3-1 awal pagi semalam untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Kemenangan tersebut membolehkan PSG kekal di puncak carta dengan 12 mata iaitu dua mata mengatasi pencabar terdekat, Marseille dan AS Monaco selepas penyerang berbisa, Ousmane Dembele menjaringkan dua gol dan rembatan padu oleh Fabian Ruiz.

Jurulatih Sepanyol itu meluahkan kekagumannya terhadap penyerang Perancis, Dembele, tetapi menegaskan bahawa mana-mana pemainnya berpeluang menjaringkan gol kerana pasukan itu mempunyai kualiti yang tinggi.

“Saya tidak sedar dia menjaringkan dua gol. Ia perlawanan sukar menentang pasukan yang kuat. Gol bukan perkara paling penting, kami mempunyai banyak peluang untuk semua pemain menjaringkan gol.

“Saya sudah lama menjadi peminat Dembele. Dia pemain yang berbeza, boleh bermain di sebelah kiri dan kanan, mempunyai kelajuan luar biasa dan bijak,” kata Enrique.

Enrique juga gembira dengan jumlah pemain dalam skuadnya yang membolehkan beberapa pemain utama direhatkan sebelum perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Girona pada Rabu.

“Kami adalah pasukan muda yang penuh semangat dan keinginan untuk memenangi lebih banyak perlawanan. Kepelbagaian ini menjadikan kami lebih kuat dan memberikan fleksibiliti dalam perancangan taktikal,” tambah Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI