fbpx

Penunggang motosikal mati dipijak gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Somkuan ditemui dalam keadaan cedera parah di dalam parit manakala motosikalnya tersadai di tengah jalan. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang lelaki berusia 71 tahun maut selepas diserang gajah liar semasa menunggang motosikal di sebatang jalan di wilayah Kanchanaburi, barat Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Kejadian berlaku di Lebuhraya 3199, Dan Mae Chalaep pada 13 September lalu. 

Ketua Santuari Hidupan Liar Salak Phra, Phaitoon Intharabut berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu oleh penduduk tempatan dan bergegas ke lokasi kejadian. 

Mangsa yang dikenali sebagai Somkuan, ditemui dalam keadaan cedera parah di dalam parit, manakala motosikalnya tersadai di tengah jalan. 

Dia kemudian dibawa ke Hospital Tha Kradan sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan. 

Punca kematian Somkuan diklasifikasikan sebagai pendarahan dalaman. 

“Mangsa menunggang motosikal di jalan dan tidak menyedari terdapat gajah liar dari arah hadapan ketika tiba di selekoh tajam. Dia sudah terlambat untuk mengelakkan pelanggaran itu.

“Gajah itu kemudian menyerang dan memijak Somkuan, menyebabkan dia mengalami kecederaan kritikal,” kata Phaitoon. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI