fbpx

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta dan motosikal di Jalan Alor Setar-Kangar di Ayer Hitam, dekat Jitra hari ini.

JITRA – Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Alor Setar-Kangar di Ayer Hitam, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.09 petang.

“Sebaik tiba di lokasi didapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Honda dan sebuah motosikal. Terdapat dua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, penunggang motosikal terbabit didapati cedera, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans. Anggota bomba seterusnya melakukan kerja-kerja pemotongan pokok yang tumbang tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI