fbpx

Penoreh getah terima anugerah tokoh bilal, siak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (dua dari kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Masjid (Tokoh Imam) ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun 1446H/2024M yang diadakan di Hotel Casuarina@Meru di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke majlis tersebut yang turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah.

Majlis itu diserikan dengan bacaan al-Quran, selawat serta persembahan silat selain penyampaian tujuh penganugerahan yang berkenan disampaikan oleh Sultan Nazrin.

Tujuh anugerah itu ialah Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali), Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah), Anugerah Zaid Bin Thabit (Tokoh Pengamal Media), Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Anugerah Pegawai Masjid membabitkan tiga kategori ialau Tokoh Imam, Tokoh Bilal dan Tokoh Siak.

Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) diterima oleh pesara pembantu tadbir kesetiausahaan, Rohani Tandaik, dengan menerima hadiah tunai RM10,000 dan hadiah iringan bayaran Umrah RM9,000 selain plak dan sijil.

Sementara itu, Mashudi Bakir dan Mua’ai Ribut masing-masing menerima anugerah Tokoh Bilal dan Tokoh Siak. Kedua-dua mereka menerima RM5,000 beserta plak dan sijil bagi kategori masing-masing.

Kedua-dua Mashudi dan Mua’ai turut bekerja sebagai penoreh getah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI